LINK WEBLOG

Lihat Semua Artikel »»

Masa Tidak Akan Menanti

Wednesday 23 October 2013

PENGENALAN

Kursus MZP3115V iaitu Alat Muzik Utama - Vokal merupakan kursus pilihan yang ditawarkan kepada pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM). Modul ini memberi pendedahan dan pemahaman tentang kandungan yang meliputi teori dan asas  teknik vokal yang bersesuaian dengan peringkat program yang ditawarkan. Modul ini bertindak bagi membantu pelajar untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran muzik bagi kursus vokal. Pelajar juga diberi latihan pengukuhan kendiri untuk menguji kefahaman yang bersesuaian dengan ilmu pengetahuan yang disampaikan. Aktiviti yang diselitkan menerusi modul ini juga bertujuan untuk menggalakkan pelajar mengaplikasikan konsep dan prinsip pengajaran yang telah didedahkan dalam konteks pengajaran sebenar bilik kuliah. Ini merupakan pendedahan secara kontekstual bagi memantapkan penguasaan ilmu dan kemahiran pelajar sebagai guru yang dedikasi dan bermotivasi. 


0 comments:

Post a Comment

 

ALAT MUZIK UTAMA VOKAL III Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template